Thursday, 15 December 2016

Asian Survival Skill

Asian Survival Skill

                                       IKHTIAR HIDUP
PENGENALAN
1. Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha untuk keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di hutan sekiranya tersesat ilmu iktiar hidup adalah perlu digunakan.


2. Ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut:-
a. Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan.
b. Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual.
c. Terselamat dalam nahas udara atau laut.


3. Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup. Latihan untuk berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat demikian.

DIFINISI
Berikhtiar hidup adalah kemampuan seseorang atau kumpulan mengatasi sesuatu keadaan ikhtiar hidup di dalam atau luar kawasan musuh.

TEKANAN KEADAAN IKHTIAR HIDUP
Dalam keadaan ikhtiar hidup, beberapa tekanan akan dihadapi oleh seseorang atau kumpulan. Tekanan-tekanan ini jika tidak diatasi boleh melemahkan semangat mereka untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tekanan-tekanan yang perlu diatasi ialah:-
a. Kelaparan
b. Kehausan
c. Kesakitan
d. Kesejukan dan kepanasan
e. Keletihan
f. Kesepian dan ketakutan

PERATUTAN ASAS IKHTIAR HIDUP
Faktor paling penting dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup adalah kemahuan seseorang untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tanpa kemahuan dan sikap yang positif serta ketahanan mental yang tinggi, adalah mustahil untuk mereka mengatasi keadaan tersebut. Dalam usaha untuk mengatasi keadaan ini, peraturan-peratusan asas berikut perlu dipatuhi:-


1. Jimatkan tenaga.

Kekurangan makanan atau makanan yang kurang berkhasiat, kekurangan air minuman serta keadaan medan dan cuaca akan melemahkan tenaga kita pada kadar yang cepat. Dalam keadaan demikian kita hendaklah berhati-hari dalam setiap kegiatan kita supaya kita tidak menggunakan tenaga yang keterlaluan. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dalam usaha menjimatkan tenaga.
a. Pergerakkan dari satu tempat ke tempat yang lain hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya kawasan-kawasan yang paling senang dilalui digunakan. Semasa berjalan, perlu berhenti untuk berehat setiap jam perjalanan.
b. Elakkan bergerak pada waktu malam, jika keadaan mengizinkan. Jika perlu bergerak pada waktu malam pilih jalan-jalan yang selamat dan senang untuk dilalui.
c. Elakkan dari melakukan kerja-kerja yang tidak penting dan bekerja pada waktu malam.


2. Dapatkan Rehat Yang Cukup. 

Tenaga manusia akan pulih melalui rehat dan tidur yang cukup. Tempat perlindungan yang terlindung dari cuaca panas atau sejuk, hujan serta binatang buas dan serangga perlu di adakan.

3. Jangan Bersusahan. 

Elakkan dari memikirkan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan usaha untuk mengatasi satu keadaan ikhtiar hidup. Perkara-perkara ini mungkin kan melemahkan semangat atau mengganggu konsentrasi kita dalam menghadapi keadaan tersebut.

4. Alat-alat Ikhtiar Hidup.
Sebagai persiapan untuk menghadapi sebarang ikhtiar hidup khususunya semasa pengembaraan seseorang itu perlu mengambil persiapan seperti di bawah:-
a. Perubatan:-
i. Panadol unuk sakit kepala, deman dan lain-lain.
ii. Lomotil untuk cirit birit
iii. Cadusil untuk radang perut.
iv. Antibiotik
v. Ubat gatal
vi. Plaster, pembalut dan ubat luka.
b. Makanan. Jenis makanan yang berkhasiat adalah seperti berikut:-
i. Bungkusan horlick (gandum) atau milo.
ii. Bungkusan glukus
iii. Bungkusan gula
iv. Bungkusan garam
v. Pil-pil vitamin


TUMBUH-TUMBUHAN HUTAN
Dalam hutan tropika banyak tumbuhan yang boleh di makan. Tumbuhan ini kebanyakkannya tumbuh dikawasan yang rendah dan lembab. Kebanyakkan tumbuh-tumbuhan hutan tidak enak rasanya tetapi dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup, tumbuhan ini merupakan bahan makanan yang utama untuk kita mengatasi kelaparan.

UJIAN TUMBUH-TUMBUHAN
Kebanyakkan dari kita tidak pasti adakah sesuatu tumbuhan itu boleh dimakan tau tidak. Sebelum kita makan sesuatu tumbuhan yang tidak dikenali, ujian-ujian perlu dijalankan untuk memastikan adakah tumbuhan itu boleh dimakan atau beracun. Peringkat-peringkat ujian adalah seperti berikut:-

1. Menghidu.
Hancurkan sebahagian dari tumbuhan yang hendak dimakan dan hidu. Jika tumbuahan itu berbau luar biasa kemungkinan ia tidak boleh di makan. Walau bagaimana pun tidak semestinya semua tumbuhan yang berbau tidak boleh di makan. Elakkan tumbuhan yang mengeluarkan getah yang banyak.


2. Gatal-Gatal Kulit.
Gosak bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bahagian kulit yang sensetif. Jika terjadi kesan-kesan merah atau gatal-gatal pada bahagian kulit, bermakna tumbuhantersebut tidak boleh dimakan.


3. Bibir, Lidah dan Mulut.
Gosok bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bibir dan mulut. Jika tidak merasa gatal-gatal selama 2 minit, gosok bahagian tumbuhan itu pada bahagian hujung lidah. Jika tidak merasa gatal-gatal atau mual masukkan bahagian tumbuhantersebut dan kunyah. Semasa mengunyah perhatikan reaksi berikut yang menunjukkan bahawa tumbuhan itu tidak boleh dimakan.
a. rasa kelat dan sepat
b. rasa loya
c. rasa gatal-gatal dedaun mulut.


4. Menelan Sedikit.
Jika tiada sebarang reaksi negetif dari ujian peringkat pertama hingga peringkat ke tiga, kita menelan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji dan tunggu selama 2 jam untuk memastikan makanan tersebut boleh dimakan. Tumbuhan itu tidak boleh dimakan jika terdapat reaksi berikut:-
a. rasa mual
b. sakit perut
c. demam dan sakit sendi tulang


5. Makan sedikit.
Jika tidak ada reaksi kesan keracunan semasa ujian peringkat 1, kita boleh teruskan memakan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji. Jika tidak ada sebarang reaksi selepas menunggu 2 jam bermakna bahagian tumbuhan itu boleh dimakan.

PERATURAN MELAKSANAKAN UJIAN.
Semasa menguji tumbuhan-tumbuhan perkara-perkara berikut mesti dipatuhi:-
1. Jangan memendekkan ujian.
2. Kalau rasa ragu-ragu jangan makan.
3. Buah-buahan hutan yang dimakan oleh binatang boleh dimakan.
4. Tidak semestinya kalau burung makan kita boleh makan.
5. Tentukan tumbuh-tumbuhan yang sama banyak disekelilingnya.
6. Tidak semestinya satu pokok semua boleh makan.
7. Buah yang manis tidak semestinya semua boleh makan.
8. Buah yang masam semuanya boleh makan.

TINDAKAN JIKA TERMAKAN TUMBUHAN YANG BERACUN
Dalam keadaan ikhtiar hidup, jika kita termakan tumbuhan yang beracun tindakan kecemasan adalah seperti berikut:-
1. Muntuhkan tumbuhan tersebut dengan cepat.
2. Minum air bersih yang telah dimasak.
3. Makan sedikit arang kayu untuk mengeluarkan keracunan dalam badan.
4. Dapat bantuan perubatan dengan segera.

TEMPAT PERLINDUNGAN
Dalam sesuatu ikhtiar hidup tempat perlindungan adalah penting untuk melindungi kita dari kepanasan matahari, hujan dan kesejukan. Tempat perlindungan memberi peluang kepada kita untuk tidur dan rehat. Tanpa peralatan untuk membuat tempat perlindungan seperti ponco, khemah, kita boleh improvisasi tempat perlindungan dengan menggunakan sumber-sumber hutan yang sedia ada.

MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN
Sebelum kita membina tempat perlindungan perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan.
1 Bahan-bahan yang digunakan seperti kayu, tali dan daun utuk membuat atap senang didapati dikawasan tersebut.
2 Selamat dari binatang-binatang liar dan serangga-serangga yang memberhaya.
3 Selamat dari bencana alam seperti tanah runtuh, banjir dan pokok-pokok yang mati.
4 Berhampiran dengan sumber air dan makanan supaya senang didapati.
5 Selesa untuk kita tidur dan rehat bagi jangka masa yang dirancangkan.

JENIS-JENIS TEMPAT PERLINDUNGAN
Beberapa jenis tempat perlindungan atau pondok hutan boleh dibina dengan menggunakan bahan-bahan hutan yang sedia ada diesuatu kawasan.


1. Pondok Sementara.
Pondok ini merupakan jenis perlindungan yang paling senang dibina dan untuk kegunaan jangka masa yang pendek. Pondok mesti dibina di atas tanah yang rata dan kering.






2. Pondok Jangka Panjang.
Pondok ini dibina jika ingin berkhemah untuk jangka waktu yang lama atau keadaan tanahnya sentiasa lembab dan tidak rata.
















3. Pondok dalam kawasan Rawang.
Pondok ini dibina jika keadaan berkehendakan kita berlindung dalam kawasan rawang (berpaya). Tempat perlindungan yang dibina hendaklah selamat dari air pasang.





















BAHAN-BAHAN PEMBINAAN.
1. Atap .
salah satu bahagian tempat perlindungan yang penting adalah atap. Dalam hutan atap boleh diperolehi dari pokok-pokok berikut:-
a. Daun palas gajah dan palas biasa.
b. Daun rumbia atau nipah.
c. Daun bertam
d. Daun pokok kabung dan enau.
e. Daun mengkuang.
f. Buluh dan kulit kayu
g. Daun-daun lain atau bahan-bahan yang sesuai.

2. Tiang dan Alang.
Bagi mengukuhkan struktur binaan pondok. Kayu-kayu yang terdapat di dalam hutan boleh dijadikan tiang dan alang. Kayu-kayu tersebut hendaklah dari saiz yang bersesuaian supaya dapat menampung berat badan dan tahan untuk jangka masa yang diperlukan. Jenis-jenis kayu yang beracun seperti rengas hendaklah dielakkan. Rangka kayu hendaklah sesuai dengan bahan-bahan untuk membuat atap.
3. Tali.
Tali-tali digunakan untuk mengikat dan memperkukuhkan tiang-tiang, alang dan atap. Tali-tali yang digunakan boleh diperolehi dari kulit kayu, roran dan akar-akar yang boleh diperolehi dari hutan.


              IKHTIAR HIDUP - MENANGKAP KEHIDUPAN DALAM AIR
Manusia tidak akan kelaparan apabila berada berhampiran di kawasan sungai, tasik dan rawang. Terdapat banyak kehidupan dalam air di kawasan ini seperti jenis-jenis ikan, siput, kura-kura, ketam, katak dan ular yang boleh dijadikan makanan. Adalah lebih mudah untuk menangkap hidupan dalam air dari kehidupan di darat.

KAEDAH MENANGKAP KEHIDUPAN DALAM AIR

Ikan merupakan makanan yang mengandungi protain, vitamin dan lemak. Ikan merupakan hidupan dalam air yang banyak dan senang ditangkap. Cara-cara menangkap ikan ialah:-
· Pancing. Inilah cara yang paling senang dan efektif untuk mengangkap ikan. Jika kita tidak ada tali dan mata kail kita boleh improvisasi dari bahan-bahan berikut:-
o Duri rotan dan duri pokok
o Jarum, paku dan dawai
o Tulang binatang
o Tali pancing dari kulit pokok atau rotan.

· Menggunakan tangan, sauk dan serkap. Cara ini berkesan ditempat air cetek atau lubuk kecil. Sauk dan serkap boleh dibuat dari bahan-bahan hutan seperti buluh dan rotan.




SAUK ROTAN

· Jaring dan jala. Jarring hanya sesuai degunakan disungai yang besar dan tasik. Jala sesuai digunakan di kawasan yang tiada halangan kayu, akar dan lain-lain yang boleh menyebabkan jala tersangkut. Jarring yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan saiz dan jenis ikan.
· Lembing dan serampang. Cara ini hanya berkesan untuk menangkap iakan yang besar dan kehidupan lain seperti labi-labi dan ketam. Lembing dan serampang boleh dibuat dari bahan-bahan berikut:-
o Kayu yang keras seperti batang nibung
o Besi dan paku
o Tulang binatang
o Buluh

PERANGKAP IKAN

Perangkap ikan boleh digunakan dalam semua keadaan sungai dan tasik. Bahan-bahan untuk membuat perangkap ikan senang diperolehi dihutan. Jenis-jenis perangkap ikan dan cara penggunaanya ialah:-
· Bubu.

Dipasang dikawasan sungai yang cetek. Bahagian injap yang berbentuk corong dipasang melawan arus sungai. Halangan perlu diadakan untuk mengepung ikan ke bahagian injap.




· Perangkap Tegak. Perangkap ini digunakan dibahagian sungai tasik yang dalam. Umpan diperlukan untuk mengumpan ikan ke dalam perangkap.·


 Lukah. Perangkap ini sesuai digunakan untuk mengangkap ikan dan hidupan air di dalam sungai yang mengalir dengan laju. Injap lukah dipasang menghadap arus sungai dan ikan yang berenang mengikut arus sungai akan terperangkap dalam lukah. Lukah kebiasaannya dibuat dari buluh atau kayu yang berlubang.

· Meracun. Ikan yang ditangkap dengan menggunakan getah pokok tuba adalah selamat untuk di makan. Akar pokok tuba dihancurkan dan dimasukkan ke dalam sungai. Ikan akan mabuk dan terapung dipermukaan air. Jangan sesekali menggunakan racun kimia untuk mengangkap ikan.
                         IKHTIAR HIDUP - MEMBUAT JERAT
Sebelum memasang jerat beberapa perkara perlu diberi perhatian. Antaranya ialah:- · Jenis binatang yang hendak dijerat

· Kawasan laluan binatang tersebut.
· Habitat binatang tersebut.


 Jenis Jerat :-
 Jerat bidas.
Ikat tali jerat pada hujung joran, kemudian buatkan running bowline dihujung tali tersebut.
Ikat kayu pembingkas pada tali joran tersebut.
Pasangkan kayu lengkung atas denai (laluan) binatang dengan mencacak kedua-dua hujung di atas tanah.

Cacak joran. Lenturkan joran. Bakakan kayu pembimkas kepada kayu lengkung dan dikunci dengan kayu palang. Aturkan kayu para di atas palang dan bukankan gelung tali seluas yang mungkin di atas para. Jerat akan bingkas apabila para dipijak oleh binatang tersebut.

KURUNGAN

PELANTAK MONYET










                              IKHTIAR HIDUP -CARA MENYALAKAN API
Letalkan dua potong kayu yang lebih kurang sama besar di atas tanah dalam kedudukan selari. Tindihkan kayu secara berselang seli menjadi beberapa lapisan.. Latakkan ranting-ranting dan daun-daun kering di dalam lapisan kayu-kayu tersebut. Nyalakan api.




PERALATAN MEMASAK




                                                         BERKHEMAH                                                
1. Pengenalan.
Berkhemah adalah satu kehidupan sederhana di luar rumah atau bangunan. Ia boleh dilaksanakan di pantai, hutan, bukit dan lain-lain. Apabila melakukan aktiviti ini, tanggung jawab terhadap perlindungan, keselamatan, makanan, alam sekitar dan aktiviti yang akan dilakukan semasa perkhemahan. Perancangan dan pengetahuan yang luas adalah diperlukan sebelum melaksnakan kativiti ini. Sebelum melaksnakan aktiviti langkahan di bawah perlulah dilaksnakan:-
1.1 Perancangan dan persiapan adalah merupakan asas keselesaan dan keselamatan aktiviti luar.
1.2 Faham bahawa lokasi aktiviti perlu berada di dalam linkungan undang-undang, mental, sizikal dan peralatan anda.
1.3 Ketahui bahawa cuaca adalah faktor utama yang menentukan keselesaan, kepuasan dan kebolehan diri semasa aktiviti.
1.4 Hormati alam semualjadi dan alam semulajadi akan menghormati anda.

2. Khemah
Khemah adalah alat perlindungan yang diperbuat daripada kain, kanvas atau lain-lain bahan yang boleh digerakkan. Dalam lain perkataan khemah merupakan satu perkara utama dalam aktiviti berkhemah. Tanpa khemah anda tidak boleh berkhemah. Di bawah ini adalah beberapa jenis khemah yang biasa digunakan untuk berkhemah.
2.1 Khemah ‘A’ tanpa helaian terbang (single walled tent)
2.2 Khemah ‘A’ berhelaian (Double walled tent)
2.3 Khemah pengembara (Explorer tent)
2.4 Khemah tiang Satu
2.5 Khemah berangka
2.6 Khemah Igloo, dan
2.7 Berbagai jenis khemah yang lain mengikut kehendak dan kemampuan anda.

3. Perkara-Perkara Yang Perlu Di Ambil Perhatian Sebelum Berkhemah.
a. Perlindungan
Khemah yang anda miliki perlu memberi perlindungan cuaca seperti hujan, panas, angin dan sebagainya. Disamping itu ianya perlu diberi perlindungan dari serangga.


b. Keselesaan
Khemah anda perlu selesa, kerana tempat yang paling utama dalam aktiviti pengembaraan ialah tempat tidur yang selesa. Anda juga perlu mempunyai ruang untuk menyimpan barang-barang anda.


c. Kalis Air
Khemah anda mestilah dari yang jenis kalis air. Terdapat beberapa jenis khemah yang tidak kalis air apabila hujan lebat. Anda perlu pastikan bahawa khemah yang dikatakan kalis air itu benar-benar kalis air. Kalau tidak anda akan menanggung risiko berbasah apabila hujan.


d. Tahan Lasak
Memandangkan perlunya khemah itu ringan, pembuat khemah mengambil kesempatan membuatnya dengan bahan ringan tetapi tidak tahan lasak. Ini perkara penting yang perlu anda ambil ingatan. Khemah perlu ringan disamping itu mesti tahan lasak dalam mana ianya tidak mudah koyak apabila digunakan untuk satu jangka masa yang sesuai dan manasabah.

e. Ukuran
Tentukan ukuran khemah yang sesuai sebelum digunakan dan pastikan keselesaan untuk tidur dan menempatkan barang-barang di dalam khemah.


f. Harga
Biasanya khemah memenuhi semua syarat di atas, biasanya lebih mahal dari khemah yang memenuhi satu atau dua syarat, jika membeli khemah yang berharga beratus ringgit dan anda tidak menggunakan sepenuhnya. Ini adalah satu pembaziran.

4. Tapak Perkhemahan
Pemilihan tapak perkhemahan adalah merupakan satu perkara tyang tidak dapat ditetapkan tanpa mengambil kira beberapa faktor penting. Walaupun anda rasa dan pernah berkhemah anda akan masih mengalami masalah dalam perkara ini. Anad akan dapati amat sukar untuk mendapat satu tapak perkhemahan yang sempurna dalam mana ianya memenuhi segala kehendak-kehendak dari segi tanah datar dan lapang, kedapatan air bersih, banyak bahan-bahan bakar, mudah disampai oleh pihak tertentu dalam kecemasan, laluan yang baik dan mudah keluar untuk membeli bekalan dan sebagainya. Faktor-faktor berikut hendaklah diambil kira:-
a. Corak perkhemahan yang terlibat, pengembaraan, berkeno, berbot, berbasikal atau berkenderaan motor.
b. Jangka masa berkhemah, sehari, seminggu dan sebagainya.
c. Bilangan peserta yang terlibat.
d. Alam persekitaran, pergunungan, hutan belantara, persekitaran dan sebagainya.

4.1 Corak Perkhemahan

Bagi pengembaraan yang berjalan kaki yang mempunyai laluan.seperti trek balak, kampung, trek orang asli dan sebagainya anda mungkin mencari tapak berkhemah yang berhampiran laluan tersebutada baiknya anda mencari tapaknya lebih kurang 100-200 ela dari laluan tersebut ini kerana anda tidak akan diganggu oleh mereka yang mungkin menggunakan laluan tersebut. Bianatang-binatang ternakan juga akan menggunakan laluan tersebut. Keperluan seperti air dan jika anda menggunakan dapur kayu, juga kayu hendaklah mudah diperolehi. Pilih tapak yang sesuai dari kawasab lapang, tidak semak, tiada pohon-pohon besar dan tanahnya tiada selut atau lembab. Setelah memilih, dirikan khemah. Waktu yang lewat untuk menaikan khemah di mana sahaja anda berada iala pukul lima petang. Khemah hendaklah dinaikkan sebelum gelap atau sebelum membuat apa-apa kerja lain.

4.2 Bilangan yang terlibat
Apabila anda berkhemah seorangn , tapak yang dipilih tidaklah perlu luas. Keperluan air dan bahan bakar pun tidak perlu banyak. Tetapi keperluan ini akan berlipat ganda apabila anda berkhemah ramai. Ini termasuk khemah yang besar, peralatan yang banyak dan bekalan yang lebih. Oleh yang demikian dengan bilangan yang ramai, maupun jangka masa berkhemah itu singkat tetapi keperluannya berlipat ganda. Perancangan awal adalah perlu sebelum mendirikan khemah agar jumlah peserta yang ramai tidak mendatangkan masalah, bukan sahaja semasa perkhemahan malah selepas perkhemahan.

4.3 Alam Persekitaran
Walau bagaimana sekalipun persediaan awal diambil atau dirancang, alam persekitaran akan menentukan kejayaan satu-satu perkhemahan. Anda tidak boleh pandang remeh peranan alam persekitaran terhadap aktiviti anda. Peninjauan hendaklah dilakukan sebelum anda keluar berkhemah. Peninjauan ini tidak perlu anda pergi ke tempat tersebut. Peta topo dan maklumat tempatan boleh ditentukan. Memahami keadaan fizikal sesuatu kawasan yang anda pilih untuk berkhemah akan membantu anada menentukan jenis peralatan yang perlu dibawa.

Keadaan sesuatu tempat juga akan menentukan jenis khemah yang akan digunakan. Berkhemah dikawasan pinggir pergunungan atau kawasan tinggi berbeza dari berkhemah di kawasan rendah atau datar. Khemah yang digunakan dikawasan pergunungan mestilah berwarna gelap dan rendah. Ini kerana warna gelap meresap panas matahari dan kerendahan khemah akan mengekal suhu panas yang mana anda perlu disebabkan hawa sejuk. Disamping itu, ada kawasan-kawasan tinggi yang kerap hujan dan ditempat seperti ini anda perlu pastikan khemah anda betul-betul kalis air. Tempat-tempat begini kadang kala susah bekalan air atau bekalan bahan bakar.

Berkhemah di hutan belantara memerlukan khemah jenis berwarna cerah dan tinggi. Kadangkala perlu ada kelambu. Tinggi supaya mendapat pengaliran udara dan cerah agar ia memantul cahaya matahari dan kelambu supaya tidak membenarkan serangga masuk. Disamping itu khemah yang cerah adalah baik dari segi keselamatan, ianya mudah kelihatan dan mungkin mudah untukk diberi bantuan jika berlaku kecemasan. Berkhemah di hutan lebih mudah dari berkhemah di kawasan pergunungan memandangkan anda boleh menggunakan bahan-bahan hutan.

Bagi pengembaraan berkayak di sungai, anda perlu berkhemah berhampiran sungai dan berhampiran dengan kayak anda. Perhatikan kesan air ditebing dengan memerhati kesan paras air lumpur, kayu-kayu mati dan lain-lain bahan yang dihanyutkan oleh air. Di negara kita paras air sungai akan naik dengan mendadak jika hujan turun di hulu. Oleh yang demikian pastikan yang khemah dan kayak anda jauh dari paras air tersebut. Jangan berkhemah di tanah yang berpasir, jika boleh. Ia mudah meresap air dan mudah juga bertakung air. Naikkan khemah anda di tanah keras tetapi mudah meresap air bukan tanah liat. Kadangkala tapak seperti ini mungkin jauh dari sungai, tetapi ia selamat, jika boleh bawa keno anda bersama, kalau berat, ikat ditebing sungai dengan tali panjang agar ianya selamat walaupun berlakunya kenaikkan paras air dengan tiba-tiba.

Cara di atas juga hendaklah diamal jika anda berkayak di laut. Kesan atau paras pasang surut dilaut lebih mudah dikenali dengan memerhati bahan-bahan seperti kulit siput dan lain-lain hidupan laut. Pilih tapak yang selamat jauh dari air pasang. Dan jangan berkhemah dibawah pohon-pohon kayu besar terutama pokok kelapa.

Kalau mengambara dengan bot, perkara-perkara di atas perlu di ambil kira. Cuma bezanya di antara berkayak dengan bermotor bot, kalu berkeno anda perlu berhenti mencari tapak perkhemahan bila hari mulai petang, tidak kira di mana anda berada, tapi kalau bermotor bot jika anda tahu ada bandar atau kampung dihadapan – mungkin terlalu jauh untuk berkayak- anda masih lagi boleh berbot ke tempat tersebut. Berkhemah berhampiran kampung akan memudahkan anda dari segi bekalan dan lain-lain kemudahan.

Perkara di atas juga hendaklah di ambil perhatian jika anda mengambara menggunakan basikal dan kenderaan lain. Jika anda mengembara dengan kenderaan bermotor anda mungkin tidak menghadapi masalah tentang tapak perkhemahan kecuali dengan jumlah peserta yang ramai.

4.4 Jangkamasa Berkhemah 

Tapak perkhemahan yang anda pilih untuk bermalam kadangkala tidak sesuai untuk berkhemah lebih dari satu malam. Ini mungkin disebabkan ketiadaan air, bahan bakar, tiada tempat yang sesuai untuk tandas dan sebagainya. Ataupun ianya terlalu dekat dengan kediaman orang yang mana mungkin untuk satu malam anda dibenarkan tetapi untuk hari selanjutnya kebenaran tidak di beri.

Apabila anda berkhemah untuk jangka masa yang lama, anda perlu sediakan beberapa perkara yang mungkin anda tidak perlu adakan untuk berkhemah sehari. Paling utama ialah bekalan air, bukan sahaja untuk minuman, membasuh dan mandi tapi untuk kegunaan lain. Ini bererti anda memerlukan bekalan air yang banyak, oleh itu pilihlah kawasan yang dipilih memenuhi kehendak ini.

Selain dari itu, kemudahan membuang air kecil dan besar perlu diadakan. Anda perlu juga bekalan kayu api yang mencukupi untuk jangka masa yang anda akan berada di situ. Keperluan makanan hendaklah bawa mengikut jangka masa anda berkhemah sekiranya kawasan itu tidak mempunyai kedai.

Pada keseluruhannya apa yang harus di aiambil kira, semasa menaikkan khemah ialah ‘impact’ atau kesannya kepada alam sekitar dan ekologi. Jangan cuba membawa segala kemudahan yang anda nikmati dirumah ke tempat berkhemah. Berkhemahlah dengan sederhana dan jangan tinggal kesan-kesan yang memakan masa bertahun-tahun untuk pulih – seperti menebang pokok, membersih kawasan berlebihan, membakar hutan untuk unggun api, membuang sampah merata dan mengotorkan kawasan dengan najis anda.

5. Tatacara Perkhemahan.
5.1 Berkhemah dalam kumpulan kecil - bilangan besar dengan ketenangan tak selari.
5.2 Rancangan aktiviti anada untuk mengurangkan sampah – jauhkan botol dan tin.
5.3 Bawa keluar apa yang anda bawa masuk – ambil bersama anda sampah yang tiada terbakar. Menanam tidak sesuai kerana cuaca dan binatang akan mengeledah.
5.4 Ikut trek atau laluan yang sedia ada – jangan merentas sesuka hati.
5.5 Kecilkan pembinaan tapak perkhemahan. – Jangan memusnahkan tumbuhan.
5.6 Jangan berkhemah berhampiran rumah, jalan, air terbuka, trek atau khemah orang – hormati pesanan orang.
5.7 Jangan gunakan sabun atau lain bahan cucian di sungai atau tasik. Ambil air ke khemah anda supaya air yang di pakai meresap ke tanah.
5.8 Tanamkan najis – pilih tempat yang sesuai, jauh dari air dan kawasan perkhemahan, gali lubang dan pastikan anda kambung dengan tanah.
5.9 Dapur bergerak adalah lebih baik dari kayu api, kayu kering ada peranannya dalam pusingan alam semula jadi.
5.10 Kalau menggunakan kayu, pastikan api anda kecil dan jimatkan penggunaan kayu. Pastikan juga pai di padam betul-betul sebelum meninggalkannya.
5.11 Jaga hidupan dan tumbuhan liar. Awasilah perseimbangan alam kerana anda adalah sebahagian daripadanya.

6. Peralatan Perkhemahan
Apa yang perlu dan apa yang tidak perlu di beri perhatian untuk satu perkhemahan akan bergantung bergantung kepada beberapa faktor seperti jangka masa, tempat dan bilangan peserta. Di bawah disenaraikan peralatan asas yang perlu anda bawa untuk memastikan perkhemahan anda selamat dan selesa:-
6.1 Khemah yang sesuai.
6.2 Bag galas
6.3 Dapur (gas atau minyak – bahan tambahan serta alat gantinya)
6.4 Pelita (jenis minyak atau gas bersama alat gantinya)
6.5 Messtin, pinggan, sudu , garpu dan lain-lain.
6.6 Botol air, kole dan bekas minuman.
6.7 Pisau dan pembuka tin
6.8 Lampu picit serta beteri dan lat gantinya.
6.9 Mancis dan lilin atau bahan penyala api.
6.10 Kotak pertolongan cemas.
6.11 Kotak ikhtiar hidup.
6.12 Tali
6.13 Ponco atau baju hujan.
6.14 Parang/kapak kecil.
6.15 Bekas air tambahan.
6.16 Selimut atau bag tidur.

Kalau anda tidak membawa messtin anda perlu membawa periuk dan cerek. Selain dari perkara-perkara yang disebut anda perlu juga membawa keperluan-keperluan peribadi seperti berus gigi, sabun, tuala dan pakaian. Dan perlu diingatkan bahawa apa yang disebutkan di atas adalah merupakan keperluan asas dan boleh ditambah jika difikirkan perlu. Adalah diingatkan bahawa segala peralatan yang anda bawa hendaklah 1/3 daripada berat badan. Beratan ini adalah yang sesuai dipikul pada jarak yang jauh. Jika anda berkhemah dengan kenderaan beratan boleh ditambah mengikut kesesuaian.

Pastikan segala peralatan untuk berkhemah disiapkan dengan awal sebelum tarikh anda kan pergi berkhemah untuk mengelakkan dari tertinggal.

7. Makanan 
Makanan semasa berkhemah hendaklah muda dan cepat disediakan. Tetapi ini tidak bererti makanan semasa berkhemah tidak perlu diambil berat. Makanan semasa berkhemah hendaklah segar, berzat, mudah hadam dan harus mengandungi vitamin dan protain yang secukupnya. Ini perlu kerana anda akan menggunakan tenaga yang banyak, lebih dari yang kebiasaan.

Satu cara yang sesuai ialah dengan penyediaan jadual pemakanan. Dengan adanya jadual ini anda akan dapat menentukan jenis makanan pada setiap waktu. Ini akan menjimatkan masa dan perbelanjaan.

Seperti mana yang tersebut di atas, apa sahaja jenis makanan yang anda pilih, ianya hendaklah mudah dan senang disediakan. Namun begitu makanan haruslah enak di makan dan mesti mengandungi semua zat dan vitamin yang diperlukan.

Perhatian hendaklah diberi kepada membawa makanan tersebut. Makanan basah seperti iakan, daging dan sayur-sayur adalah makanan berzat tetapi tidak tahan lama kalau tidak di sejukkan. Maka satu cara lain untuk membawa makanan seperti ini dengan memilih altenatif yang lain – makanan kering atau makanan segera. Walaupun ianya kering dan segera tetapi kandungan zat dan vitaminnya tidak harus dilalaikan.

8. Perancangan Makanan
Di bawah ini diberi satu menu yang boleh anda jadikan panduan untuk menyediakan satu-satu perancangan untuk berkhemah:-

Contoh:-


Katakan anda hendak keluar berkhemah pada hujung minggu pada hari sabtu selama tiga hari. Anda akan keluar rumah selepas sarapan pagi, anda jangka akan sampai ke tempat perkhemahan pada waktu petang. Maka anda perlu menyediakan minuman petang dan makan malam di tapak perkhemahan.
Menu contoh di atas akan memberi gambaran sebenar untuk menyediakan keperluan makanan semasa berkhemah. Dengan penyediaan menu seperti ini anda akan dapat menentukan jumlah setiap makanan yang perlu anda sediakan semasa perkhemahan. Cara ini juga kan memastikan anda akan membawa makanan yang secukupnya semasa berkhemah. Anda perlu ingat bahawa makanan yang berlebihan akan menambahkan beban mimikul dan pembaziran.

9. Cara Membungkus
Semua jenis makanan hendaklah dibungkus dengan baik. Bekas platik yang tidak mudah pecah dan terbuka hendaklah digunakan. Sarung plastik jug aboleh digunakan. Sebagaimana anda sedia maklum bahwa sarung platik amat ‘versetile’ dan jika diguna dengan cara yang betul ianya kan memudahkan perkhemahan anda. Untuk memastikan ianya tidak mendatangkan beban musnahkan plastik dengan cara membakar atau membawanya keluar bersama anda.

Dengan menggunakan plastik anda dapat mengurangkan penggunaan tin dan botol. Tetapi jika anda terpaksa menggunakan keduanya pastikan tin dibakar dan kemekkan sebelum ditanam. Bekas-bekas botol hendaklah ditanam tanpa dibakar atau dipecahkan

10. Minuman
Minuman hendaklah dibawa dalam bekas yang ringan. Jika boleh jangan gunakan bekas kaca. Kaca berat dan mudah pecah. Kalau anda membawa minuman bancuh gunakan bekas plastiktapi kini semua jenis minuman boleh didapati dalam bentuk sebuk. Jenis ini mudah dibawa, ringan dan mudah disediakan.

Jenis minuman terserah kepada selera anda, tetapi anda perlu ingat apa jua jenis minuman yang anda bawa harus disediakan, mudah dibawa, ringan dan tahan lama tanpa memerlukan peralatan khas. Kurangkan bekas tin dan botol dan air berkabonat.

11. Pembahagian Makanan.
Apabila berkhemah beramai, pembahgain makanan adalah mustahak. Pastikan setiap ahli atau peserta diberi bahagian yang sama berat. Setiap pekhemah hendaklah membawa makanan yang lenglkap, tidak dari satu jenis. Ini akan memastikan anda masih boleh disediakan jika berlaku apa perkara diluar jangkaan.

12. Penutup
Perlu ditegaskan disini, bahawa apa yang telah diperkatakan sepanjang nota ini berkenaan perkhemahan adalah merupakan cara yang paling sederhana. Adalah dirasa perlu cara yang serba sederhana ini di amalkan sebelum seseorang itu meningkat pengalaman yang lebih tinggi yang membolehkannya menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat pada masa kini.


2 comments: